Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

0 comments

Teka Teki Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? "
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? "
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

0 comments

Taktik Baru : Perogol Wanita

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL.. Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga. Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kesian dgn budak nie... Dia hampiri dan tanya budak nie. Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. Kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut. Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu.. Sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang. Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

Pesan kepada rakan-rakan wanita anda.. Selamatkan mereka. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

0 comments

Masalah Ringan-Ringan Di Kalangan Remaja Belum Berkahwin

Soalan

DANG Setia, hati saya tidak berdaya lagi untuk memendam masalah ini dan mengharap Dang Setia dapat membantu. Saya sebenarnya tidak pandai sangat menulis surat, tapi berharap Dang Setia faham apa yang akan saya ceritakan.

Masalah saya ialah, saya ingin tahu cara membuatkan seseorang itu tidak ketagih seks. Perkara ini tidak berlaku pada saya, tetapi pada teman lelaki. Setiap kali berjumpa, kami sering melakukan maksiat (ringan-ringan) .

Kami tahu perbuatan itu salah, tapi kami tetap melakukannya. Kami pernah ditangkap polis, tapi ‘terlepas’. Sebenarnya saya terpaksa melayan kehendak teman lelaki kerana takut dikecewakan sekali lagi, selain malu kepada keluarga kerana mereka kenal teman
lelaki saya.

Ini kerana teman lelaki selalu mengugut jika saya tidak melayan kehendaknya. Contohnya, dia tidak ingin berjumpa saya untuk tempoh lama dan jika ingin berjumpa saya, mesti di rumah saya atau ditemani keluarga.

Saya pernah bertanya bila dia ingin bertaubat, tapi katanya apabila tiba masanya dan apabila sudah berumahtangga.

Jadi, kini saya ingin tahu cara membuatkan seseorang itu tidak ketagih seks atau dapat mengawal nafsu. Bagaimana juga cara menginsafkan teman lelaki saya.

Saya pernah bertanya masalah ini pada rakan dan dia mencadangkan saya tinggalkan saja teman lelaki saya. Masalahnya, saya terlalu sayang dan tidak mungkin meninggalkannya. Pada saya, jalan terbaik ialah membimbingnya supaya dia tidak tersasar jauh.

Dang Setia, sebelum kami berkenalan, teman lelaki saya pernah melanggan pelayan pelanggan (GRO) dan menghisap ganja, tapi katanya, dia sudah berhenti kerana ingin
menumpukan perhatian pada pelajaran kerana masih menuntut.

Saya berharap Dang Setia dapat memberi panduan supaya hubungan kami berjalan lancar tanpa melakukan maksiat dan saya dapat mengubah sikap buruk teman lelaki.

INSAN MALANG
Johor

Jawapan

Dang Setia tidak tahu berapa umur adik kerana adik tidak menyatakannya, namun Dang Setia percaya umur saudari masih muda dan besar kemungkinan masih bersekolah atau menuntut di institusi pengajian tinggi.

Dang Setia membuat andaian ini berdasarkan tulisan adik yang didapati menyerlahkan unsur ketidakmatangan adik. Jika betul andaian Dang Setia, sesungguhnya ia sangat menyedihkan.

Ini kerana, pada usia adik sepatutnya membicarakan soal pelajaran, itu tidak berlaku. Sebaliknya adik membicarakan soal cinta dan maksiat.

Agak lucu dan mengelirukan apabila adik berkata antara sebab adik terpaksa melayan nafsu teman lelaki ialah kerana adik malu kepada keluarga mereka yang mengenali adik.

Pelik, sepatutnya disebabkan malu kepada keluarganya, adik perlu mengelak melakukan maksiat. Seperkara lagi, adik menyatakan teman lelaki mengugut tidak mahu berjumpa adik dalam tempoh panjang dan jika berjumpa pun mesti ditemani keluarga.

Sebenarnya, ini ugutan bagus. Jika perjumpaan sering mendorong kepada maksiat, memang anda berdua sepatutnya tidak berjumpa. Perjumpaan yang turut ditemani keluarga digalakkan Islam kerana boleh mengelak maksiat.

Jadi, kenapa adik perlu kecewa dengan ugutan itu. Adik sepatutnya tiada masalah menerima peraturan itu kerana dengan cara itu adik dapat mengelak melakukan maksiat
atau ‘ringan-ringan’ dengan teman lelaki.

Bagi Dang Setia, ini semua sekadar menunjukkan ketidakmatangan adik. Dang Setia juga kesal dan kecewa kerana adik berpendirian tidak mungkin meninggalkan teman lelaki biarpun jelas dia setakat ini lebih banyak membawa adik ke jalan keburukan, bukan kebaikan.

Adik juga sepatutnya tidak terlalu ghairah membimbing teman lelaki ke jalan kebaikan. Memang niat adik baik, tetapi disebabkan tahap kematangan rendah dan pertahanan diri lemah, Dang Setia khuatir niat baik adik tida kesampaian.

Lebih membimbangkan, bukan saja adik gagal membimbingnya ke jalan kebaikan, tapi adik pula yang akhirnya terjerumus ke lembah maksiat. Perkara seperti ini sering berlaku kerana nak ajak orang buat baik bukan senang tapi nak ajak orang buat jahat cukup
mudah.

Oleh itu, Dang Setia nasihatkan adik sepatutnya lebih memberi tumpuan untuk memperkuatkan pertahanan diri. Pertahanan atau benteng diri paling ampuh untuk
menangkis godaan maksiat ialah iman dan takwa.

Jangan takut dengan ugutan teman lelaki, sebaliknya takutlah kepada Allah dan azab-Nya yang menanti di akhirat. Peraturan atau hukum percintaan yang murni dan sejati langsung tidak berkait dengan penyerahan ‘body’.

Sedarilah, biar seagung mana cinta antara Adam dan Hawa, ia tidak menghalalkan maksiat. Dosa tetap dosa dan azab Allah sangat pedih. Jika dia benar-benar cintakan adik dan mahu hubungan berkekalan, dia mesti hentikan permintaan mengarutnya.

Jika dia masih berdegil dan terus memujuk rayu dengan pelbagai helah untuk melakukan ‘ringan-ringan’ terlampaunya, adik tidak perlu teragak-agak untuk memutuskan hubungan. Ingat, daripada ‘ringan-ringan’ lah yang akhirnya membawa kepada zina.

Katakan kepada teman lelaki, adik terpaksa memutuskan hubungan bukan kerana tidak cintakannya, tetapi disebabkan saudari lebih cintakan Allah.

Jika dia mahu memutuskan hubungan kerana kemahuannya tidak dituruti, sah yang dia sebenarnya tidak cintakan adik, tetapi hanya mahukan tubuh adik.

0 comments

Makanan Yang Aku Tak Ingin Lihat Di Pasar Ramadhan

Aku tak tahulah kamu semua rasa macam mana, tapi aku sedih lihat Pasar Ramadhan sekarang. Semuanya penuh dengan orang yang inginkan duit senang. Macam dah bertemplate. Semua makanan tak seberapa yang kita semua terbeli sebab terpedaya dengan taktik marketing dan perut kita yang dah lapar. Masuk bulan puasa aje, tiba-tiba makanan yang ala kadar tak berapa sedap banyak muncul. Di sini saya paparkan jenis makanan yang memang sebenarnya aku tak ingin lihat di Pasar Ramadhan. Tapi MESTI ada di setiap Pasar Ramadhan.

1. Murtabak
Selain dari Murtabak Johor (atau Singapura. Dah berabad-abad orang Johor dan Singapura bergaduh pasal harta intelek Murtabak istimewa ini) yang memang sedap, tiap-tiap Pasar Ramadhan mesti ada sekurang-kurang 5 gerai yang menjual Murtabak yang paling tak sedap ini. Saiznya berukuran lebihkurang 5sm x 5sm, memang kecil, selalunya berharga antara RM2-3. Aku tak tahu kenapa, tetapi selalunya berwarna kuning dan berminyak gila. Mesti sebab dapur kotor dan minyak tak ditukar. Inti tak penuh, kulit sahaja yang tebal. Mesti dah berlonggok kat atas dapur, dah berjam-jam disediakan, yang kita dapat hanya yang sudah sejuk. Tiap-tiap kali beli mesti rasa tertipu tapi mesti beli juga.

2. Popia
Tak kisahlah sama ada digoreng atau tidak, bila tiba buka puasa sahaja mesti sudah tak sedap. Popia lah paling rasa tertipu sekali. Semuanya gara-gara presentation yang agak menarik. Macam sedap, tapi mesti tak sedap.

3. Roti John
Menu paling mudah untuk disediakan oleh Mat Rempit yang inginkan wang mudah. Memang boleh jadi skim cepat kaya. Roti John yang sedap memang banyak daging Burger Ramly yang dicincang bersama kari, tapi yang dijumpa di Pasar Ramadhan lebih banyak telur dari daging. Baik beli roti telur. Mesti tawar.

4. Kebab
Dahulunya makanan yang agak eksotik, tapi sekarang di mana-mana Pasar Ramadhan mesti ada. Presentation dia memang agak menarik, dengan daging yang didirikan menegak dalam pemanggang khas. Memang mudah tertipu. Bila makan sahaja mesti daging liat dan tawar. Roti pitanya pun keras. Orang Arab yang datang Pasar Ramadhan mesti tak beli punya.

5. Satay
Ataupun satay mini. Mesti komposisi lidi lebih tinggi dari daging. Masa berbuka pasti kecewa sebab sudah sejuk, dan tak cukup rempah. Pasal kuah kacang dia memang jangan cerita lah. Pasti semua pernah menjadi mangsa.

6. Kuih Tepung Pelita
Yang di Pasar Ramadhan mesti cair gila, dengan ketulan gula yang kasar. Memang mudah tertipu dengan presentation yang gempak. Nampak pengkukus kayu yang ditimbun tinggi-tinggi sahaja kita sudah mudah tertipu. Lepas itu masa makan mesti daun yang distaple itu terbuka, habis baju kena inti kuih.

7. Rojak/Pasembur
Biasanya mamak-mamak yang beroperasi dari van putih akan mengambil peluang berniaga di Pasar Ramadhan. Mudah sahaja, bawa van, parking tepi, terus jual. Memang tak istimewa pun tapi perut yang lapar membuatkan semuanya jadi istimewa. Rojak Singapura sahaja yang sedap, sebab banyak ramuan...

8. Mi/Soto Ayam
Orang berpuasa memang tak boleh buat sup. Mesti tawar. Kalau takpun manis, atau masam, atau memang rasa-rasa yang tiada dalam sup biasa. Lupakan saja lah. Tak kisahlah kamu letak mi ke, bihun ke, nasi himpit ke, semuanya sama. Mesti banyak bawang goreng sahaja.

9. Otak-otak
Paling senang nak dijual. Supplier yang menyediakan otak-otak dalam jumlah yang besar sudah bersepah. Buat panggilan telefon, beli dapur pembakar, semuanya sudah tersedia. Yang gunakan lidi masih boleh diterima. Yang pakai stapler tu yang tak boleh tahan. Walaupun murah tapi kandungan otak-otak secubit sahaja. Kita beli, lepas tu kita rasa bodoh sebab tertipu. Mudah sahaja nak buat duit di Pasar Ramadhan sebenarnya.

10. Nasi Beriyani Johor
Mesti diletakkan dalam periuk besi aluminium yang besar-besar. Lepas itu tambahlah nama 'Mak Minah' atau 'Mak Limah', lepas tu letakkan nama tempat yang bukan tempat Pasar Ramadhan tersebut. Misalnya kalau buka gerai di Pasar Ramadhan Subang, boleh letak 'Nasi Beriyani Mak Minah Keramat'. Nak lagi kick tambah perkataan 'gam'. Mesti laku punya, walhal tiada beza apa-apa pun. Mesti kecewa sebab masa kita beli pun dah sejuk. Tak akan ada nasi beriyani yang panas di Pasar Ramadhan.

Walaupun begitu, ada Pasar Ramadhan yang mempunyai jenis makanan yang unik, dan peniaga yang benar-benar ikhlas dah tak lokek dengan ramuan. Ada, tapi malangnya tak ramai. Jangan tertipu dengan barisan yang panjang, itu semua taktik marketing.

Kita cuma rajin menilai, dan pandai membeli. Orang berniaga di pasar malam ini memang pandai, sebab dia tahu kita tak boleh test makanan dia di gerai, sebab kita berpuasa. Lain kali mudah sahaja, bawa sahaja rakan kamu yang bukan Islam, suruh dia cuba try test tengok.

0 comments

Kaspersky® Anti-Virus 7.0 (With Crack)

Image Hosting
Kaspersky® Anti-Virus 7.0 provides you with traditional anti-virus protection based on the latest protection technologies. You can work, communicate, surf the internet and play online games on your computer safely and easily.

Product Highlights

* Three protection technologies against new and unknown threats: 1) Hourly automated database updates, 2) Preliminary behavior analysis, 3) On-going behavior analysis. New!
* Protection from viruses, Trojans and worms
* Protection from spyware and adware
* Real-time scanning for email, Internet traffic and files
* Protection from viruses when using ICQ and other IM clients
* Protection from all types of keyloggers. Improved!
* Detection of all types of rootkits. Improved!
* Automatic database updates

Additional Features

* Rollback of unwanted changes on your computer
* Self-defense of the antivirus program from being disabled or stopped
* Tools for creating a Rescue Disk
* Free technical support

http://rapidshare.com/files/59098721/KAV.rar.001
http://rapidshare.com/files/59098722/KAV.rar.002

Use HJSplit to join the file after download

0 comments

Penjaga Ditahan Berhubung Kes Nurin

Image Hosting

TAK BERMAYA: Wanita warga Indonesia, suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin, pengsan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 23 tahun dipercayai terbabit mengurung mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 8, di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, tengah malam kelmarin.

Suspek juga dipercayai menjaga makan minum Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya selama 27 hari, sebelum ditemui mati dalam beg pakaian sukan berhampiran pejabat sebuah syarikat di Petaling Jaya, 17 September lalu.

Sumber memberitahu Berita Minggu, wanita yang bekerja di premis menjual pakaian di pasar raya itu dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek utama kes berkenaan yang ditahan bersama tiga lagi lelaki, termasuk abang iparnya dalam tiga serbuan berasingan di Shah Alam, kelmarin.

Wanita itu dipercayai pernah beberapa kali menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Rakan Cop mengkritik cara polis mengendalikan kes kehilangan Nurin dari empat nombor telefon bimbitnya, yang turut dirampas selepas penahanan dibuat.

Satu lagi nombor telefon dikenal pasti digunakan wanita itu untuk menghubungi ibu bapa mangsa bagi memaklumkan kanak-kanak itu dalam jagaannya selepas berita kehilangannya mendapat liputan meluas, katanya.

Difahamkan, ketika ditahan, wanita itu menelan sekeping kad sim telefon bimbit, dipercayai digunakan untuk menghubungi keluarga mangsa sebelum ini bagi menghapuskan bukti yang boleh mengaitkannya dengan kes berkenaan.

Usaha mengeluarkan kad sim berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya sebelum suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian DNA.

Selain kad sim, turut dirampas dalam serbuan itu ialah dua telefon bimbit, beg tangan dan wang tunai milik suspek.

Wanita itu yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis Daerah Petaling Jaya jam 12 tengah malam kelmarin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tengah hari semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek yang berseluar panjang dan berkemeja kuning tiba di mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari dengan kawalan ketat polis.

Suasana di luar mahkamah bagaimanapun kecoh seketika apabila wanita itu tiba-tiba pengsan di hadapan kumpulan jurugambar hingga terpaksa diusung dua anggota polis dan seorang wartawan wanita ke dalam bilik mahkamah.

Majistret Maimunah Aid kemudian memerintahkan wanita itu direman selama enam hari sehingga 4 Oktober ini.

Sumber berkata, polis sedang mengenal pasti sama ada wanita itu sama dengan wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi beg berisi mayat mangsa ditemui sebelum ini.

Katanya, seorang pegawai forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Amerika Syarikat, kelmarin membawa bersama salinan imej berkenaan untuk dianalisis di Makmal Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Kita berharap FBI dapat membantu mendapatkan gambaran jelas imej wanita ini. Hasilnya diharap dapat diperoleh secepat mungkin bagi membantu siasatan, selain mengesahkan sama ada kedua-dua wanita ini orang yang sama, katanya.

Sumber juga berkata, siasatan sedang diperincikan bagi membantu polis mengenal pasti motif sebenar mangsa didera dan dicabul dengan teruk, sebelum dibunuh.

Suspek utama kes ini pernah ditahan di Masai, Johor tahun lalu selepas didakwa terbabit dalam kes rogol. Kita akan semak semula kes itu sekiranya ada maklumat yang boleh membantu siasatan kes cabul dan bunuh Nurin, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata suspek terbaru yang ditahan semalam dipercayai mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis belum menganggap siasatan kes pembunuhan itu sudah selesai dengan penahanan suspek wanita itu.

Siasatan masih dijalankan. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat... Semuanya masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Kelmarin, polis menahan lima orang termasuk sepasang suami isteri hasil tiga serbuan berasingan di Shah Alam melalui Ops Sunti hasil pemantauan rapi polis terhadap beberapa SMS yang dihantar kepada bapa Nurin, Jazimin Abd Jalil, 33, sejak kehilangannya.

Bagaimanapun, wanita itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Lima suspek, termasuk seorang wanita Indonesia yang ditahan malam tadi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

0 comments

Medical Claim

A couple went to a sex therapists office at ABC Hospital. The doctor asked, "What can I do for you?"

The man said, "Will you watch us having sex, give your expert analysis?"

The doctor looked puzzled, but agreed. When the couple finished, the doctor said, "There's nothing wrong with the way you have intercourse" and charged them RM60.00.

This happened several weeks in a row. The couple would make an appointment, have intercourse with no problems, pay the doctor and then leave.

Finally the doctor asked, "Just exactly what are you trying to find out?"

The man said, "We're not trying to find out anything. She's married and we can't go to her house - I'm married and we can't go to my house.

Shangri-la Putrajaya charges RM250.00, Mandarin Oriental charges RM280.00, Le Meridian charges M230.00. We do it here for RM60.00 and I get that back from "Medical Claim".......!

0 comments

Rahsia Tahi Lalat

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha

0 comments

Topi Keledar Alaf Baru

Image Hosting

'Topi keledar' besen undang bahaya: GELAGAT penunggang motosikal ini yang menjunjung sebuah besen di atas kepalanya mengundang bahaya, bukan saja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain. Difahamkan penunggang ini keluar dari sebuah kawasan pasar serta melalui Jalan Tebrau, Johor Bahru yang sibuk dengan kenderaan pada waktu tertentu.

0 comments

Tegas Imam Al Ghazali

Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA!

0 comments

DBKL Mahu Laksana Caj Masuk Ibu Kota

KUALA LUMPUR 23 Sept: Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan sistem caj yang bakal dikenakan ke atas semua kenderaan yang memasuki ibu negara merupakan satu sistem yang mesra rakyat, selesa dan selamat.

Menterinya, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, ini kerana sistem yang bakal dilaksanakan itu telah mengambil kira input-input yang diberikan oleh segenap lapisan rakyat di ibu negara sebelum sistem itu dilaksanakan.

Beliau berkata, sistem itu sedang dikaji dengan teliti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak tiga bulan lalu dan ia turut mengambil kira pandangan agensi- agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, wakil media, orang ramai dan pihak-pihak yang berkaitan.

Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa proses ini memerlukan satu jangka masa dan apabila dilaksanakan nanti, ia akan memuaskan hati semua pihak, katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan bahawa DBKL akan mengenakan caj bagi semua kenderaan yang memasuki ibu negara.

Utusan Malaysia difahamkan, menerusi sistem yang dicadangkan itu, orang ramai yang ingin memasuki kawasan Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman akan dikenakan caj bagi mengurangkan kesesakan.

Sementara itu, Ab. Hakim berkata, sistem caj masuk itu sangat berjaya dilaksanakan di Stockholm kerana ia berkonsepkan mesra pengguna.

Menurutnya, DBKL kini sedang menjalankan kajian dan melihat sistem di negara-negara lain yang mengamalkan caj masuk ke kenderaan.

Saya yakin DBKL dapat memberikan satu kajian yang komprehensif dan lengkap berhubung cadangan tersebut, katanya.

Ab. Hakim berkata, beliau yakin dengan adanya input yang bernas daripada rakyat kepada DBKL, sistem itu akan dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

0 comments

Microsoft Magic

MAGIC #1
An Indian discovered that nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON". This is something pretty cool... and unbelievable... At Microsoft the whole Team, couldn't answer why this happened!

TRY IT NOW ,IT WILL NOT CREATE " CON " FOLDER

MAGIC #2
For those of you using Windows, do the following:

1.) Open an empty notepad file
2.) Type "Bush hid the facts" (without the quotes)
3.) Save it as whatever you want..
4.) Close it, and re-open it.

Is it just a really weird bug? :-??

MAGIC #3
It was discovered by a Brazilian.. Try it out yourself....

Open Microsoft Word and type

=rand (200, 99)

And then press ENTER

Then see the magic................................

0 comments

Awasi Pembelian Keju Anda

Image Hosting at ImageHosting.com

Assalamualaikum
Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli.

To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management..

Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim...

Saya attach imej pembungkus nya untuk makluman semua, sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..

Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :

Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc.

The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on.This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

------------ ---------

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir] . Kalau di States, 70% cheese guna rennet (ni masa I check dulu, hundred years ago, hehe, taulah skarang).

0 comments

Apple Computer Transparent Screen

Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting Image Hosting

0 comments

Fadhilat Surah AL-FATIHAH

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit

Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata

Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

0 comments

Bangla Jahanam Suruh Budak Main Benda Dia

SHAH ALAM: Belum sempat reda dengan kisah kematian tragik Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dibunuh secara kejam baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan hampir mengalami nasib sama apabila dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki warga asing, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dikatakan bermain bunga api bersama abangnya, 10, di belakang rumah neneknya di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, di sini.

Tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Bangladesh yang juga jiran berhampiran yang kononnya ingin bermesra termasuk mengumpan kanak-kanak perempuan terbabit dengan sebiji epal.

Difahamkan, menyedari ketiadaan abangnya yang sudah masuk ke rumah nenek, mangsa diajak suspek ke rumah sewanya di kawasan berhampiran dipercayai kononnya untuk berbual.

Kanak-kanak itu yang dikatakan terlalu mempercayai kata-kata lelaki 'setan' itu kemudian bersetuju ke rumah suspek.

Setibanya di rumah berkenaan, lelaki berusia lingkungan 20-an itu mengarahkan mangsa berbaring di atas katil sebelum membuka seluar panjang dan pakaian dalam kanak-kanak berkenaan.

Selepas itu, akibat terlalu ghairah, mangsa kemudian dipaksa melakukan seks oral bagi memuaskan nafsu binatangnya.

Mangsa yang berada dalam ketakutan segera mengadu perkara itu kepada bapanya sejurus tiba di rumah sebelum bapa kanak-kanak berkenaan bertindak memberkas lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noorazam Jamaludin, berkata kanak-kanak itu terlebih dulu mengadu kejadian itu kepada abangnya sebelum
mereka sekeluarga bertindak menyerbu rumah dan memberkas suspek.

"Pihak kami yang menerima laporan berkaitan perkara itu kira-kira jam 9.40 malam kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menahan lelaki terbabit.

"Suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dipercayai menyewa di kawasan perumahan di situ dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul dan mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut sekali gus mengesan kemungkinan mangsa dirogol atau diliwat.

0 comments

Suasana Pilu Masih Menyelubungi Keluarga Nurin

Image Hosting

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Walaupun jasad Nurin Jazlin Jazimin, 8, sudah selamat disemadikan, namun suasana pilu masih menyelubungi keluarga kanak-kanak malang itu terutama ibunya, Norazian Bistaman yang hanya mampu membisu seribu bahasa.

Tidak ada kata yang mampu diucapkan oleh Norazian setiap kali disapa tetamu dan sahabat handai kecuali dengan deraian air mata.

Begitu juga dengan bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil yang masih kelihatan sebak dan tidak banyak bercakap.

Sementara itu, rumah keluarga mangsa hari ini bertali arus menerima kunjungan orang ramai dan sahabat handai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak
malang itu.

Namun ia tidak mampu menghilangkan kesedihan Jazimin dan ahli keluarganya ekoran kehilangan Nurin Jazlin yang begitu tragis.

Jazimin yang sugul dilihat tidak banyak bercakap manakala Norazian hanya menyambut setiap soalan dengan deraian air mata.

Sementara itu ketika wartawan cuba mendapatkan reaksi Jazimin dan Norazian di rumah kanak-kanak malang itu di Seksyen 1 Wangsa Maju di sini hari ini, seorang saudaranya dengan nada sedih berkata: “Kes Nurin dah berakhir.”

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Rendah Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, selepas 27 hari Nurin Jazlin hilang, masyarakat digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg
pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

0 comments

Amalan Paling Utama

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

0 comments

Diharamkan Memasuki Syurga

Bersabda Rasulullah s.a.w

"Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga."

0 comments

Balasan Syurga Pada Yang Sabar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

0 comments

Solat Sunat 6 Rakaat

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w

" Barang siapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun"

0 comments

Setiap Umat Ada Ujiannya

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

0 comments

Orang Mukmin Yang Diuji Allah S.W.T

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

0 comments

Doa Malam Lailatul Qadar

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

0 comments

Cintakan Dunia

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

0 comments

Amalan Pemberi Syafa'at Di Hari Kiamat

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

0 comments

Kelebihan Memberi Makan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

0 comments

Bumi Menjadi Saksi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

0 comments

Merubah Ciptaan Allah S.W.T

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

0 comments

Ayam Diberi Enzim Babi: Mudah Busuk

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

metahad@hmetro. com.my

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.

Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau
hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat,
Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu
itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.

Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.

“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.

“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh
sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.

0 comments