Teka Teki Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? "
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? "
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

0 comments

Taktik Baru : Perogol Wanita

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL.. Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga. Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kesian dgn budak nie... Dia hampiri dan tanya budak nie. Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. Kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut. Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu.. Sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang. Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

Pesan kepada rakan-rakan wanita anda.. Selamatkan mereka. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

0 comments

Masalah Ringan-Ringan Di Kalangan Remaja Belum Berkahwin

Soalan

DANG Setia, hati saya tidak berdaya lagi untuk memendam masalah ini dan mengharap Dang Setia dapat membantu. Saya sebenarnya tidak pandai sangat menulis surat, tapi berharap Dang Setia faham apa yang akan saya ceritakan.

Masalah saya ialah, saya ingin tahu cara membuatkan seseorang itu tidak ketagih seks. Perkara ini tidak berlaku pada saya, tetapi pada teman lelaki. Setiap kali berjumpa, kami sering melakukan maksiat (ringan-ringan) .

Kami tahu perbuatan itu salah, tapi kami tetap melakukannya. Kami pernah ditangkap polis, tapi ‘terlepas’. Sebenarnya saya terpaksa melayan kehendak teman lelaki kerana takut dikecewakan sekali lagi, selain malu kepada keluarga kerana mereka kenal teman
lelaki saya.

Ini kerana teman lelaki selalu mengugut jika saya tidak melayan kehendaknya. Contohnya, dia tidak ingin berjumpa saya untuk tempoh lama dan jika ingin berjumpa saya, mesti di rumah saya atau ditemani keluarga.

Saya pernah bertanya bila dia ingin bertaubat, tapi katanya apabila tiba masanya dan apabila sudah berumahtangga.

Jadi, kini saya ingin tahu cara membuatkan seseorang itu tidak ketagih seks atau dapat mengawal nafsu. Bagaimana juga cara menginsafkan teman lelaki saya.

Saya pernah bertanya masalah ini pada rakan dan dia mencadangkan saya tinggalkan saja teman lelaki saya. Masalahnya, saya terlalu sayang dan tidak mungkin meninggalkannya. Pada saya, jalan terbaik ialah membimbingnya supaya dia tidak tersasar jauh.

Dang Setia, sebelum kami berkenalan, teman lelaki saya pernah melanggan pelayan pelanggan (GRO) dan menghisap ganja, tapi katanya, dia sudah berhenti kerana ingin
menumpukan perhatian pada pelajaran kerana masih menuntut.

Saya berharap Dang Setia dapat memberi panduan supaya hubungan kami berjalan lancar tanpa melakukan maksiat dan saya dapat mengubah sikap buruk teman lelaki.

INSAN MALANG
Johor

Jawapan

Dang Setia tidak tahu berapa umur adik kerana adik tidak menyatakannya, namun Dang Setia percaya umur saudari masih muda dan besar kemungkinan masih bersekolah atau menuntut di institusi pengajian tinggi.

Dang Setia membuat andaian ini berdasarkan tulisan adik yang didapati menyerlahkan unsur ketidakmatangan adik. Jika betul andaian Dang Setia, sesungguhnya ia sangat menyedihkan.

Ini kerana, pada usia adik sepatutnya membicarakan soal pelajaran, itu tidak berlaku. Sebaliknya adik membicarakan soal cinta dan maksiat.

Agak lucu dan mengelirukan apabila adik berkata antara sebab adik terpaksa melayan nafsu teman lelaki ialah kerana adik malu kepada keluarga mereka yang mengenali adik.

Pelik, sepatutnya disebabkan malu kepada keluarganya, adik perlu mengelak melakukan maksiat. Seperkara lagi, adik menyatakan teman lelaki mengugut tidak mahu berjumpa adik dalam tempoh panjang dan jika berjumpa pun mesti ditemani keluarga.

Sebenarnya, ini ugutan bagus. Jika perjumpaan sering mendorong kepada maksiat, memang anda berdua sepatutnya tidak berjumpa. Perjumpaan yang turut ditemani keluarga digalakkan Islam kerana boleh mengelak maksiat.

Jadi, kenapa adik perlu kecewa dengan ugutan itu. Adik sepatutnya tiada masalah menerima peraturan itu kerana dengan cara itu adik dapat mengelak melakukan maksiat
atau ‘ringan-ringan’ dengan teman lelaki.

Bagi Dang Setia, ini semua sekadar menunjukkan ketidakmatangan adik. Dang Setia juga kesal dan kecewa kerana adik berpendirian tidak mungkin meninggalkan teman lelaki biarpun jelas dia setakat ini lebih banyak membawa adik ke jalan keburukan, bukan kebaikan.

Adik juga sepatutnya tidak terlalu ghairah membimbing teman lelaki ke jalan kebaikan. Memang niat adik baik, tetapi disebabkan tahap kematangan rendah dan pertahanan diri lemah, Dang Setia khuatir niat baik adik tida kesampaian.

Lebih membimbangkan, bukan saja adik gagal membimbingnya ke jalan kebaikan, tapi adik pula yang akhirnya terjerumus ke lembah maksiat. Perkara seperti ini sering berlaku kerana nak ajak orang buat baik bukan senang tapi nak ajak orang buat jahat cukup
mudah.

Oleh itu, Dang Setia nasihatkan adik sepatutnya lebih memberi tumpuan untuk memperkuatkan pertahanan diri. Pertahanan atau benteng diri paling ampuh untuk
menangkis godaan maksiat ialah iman dan takwa.

Jangan takut dengan ugutan teman lelaki, sebaliknya takutlah kepada Allah dan azab-Nya yang menanti di akhirat. Peraturan atau hukum percintaan yang murni dan sejati langsung tidak berkait dengan penyerahan ‘body’.

Sedarilah, biar seagung mana cinta antara Adam dan Hawa, ia tidak menghalalkan maksiat. Dosa tetap dosa dan azab Allah sangat pedih. Jika dia benar-benar cintakan adik dan mahu hubungan berkekalan, dia mesti hentikan permintaan mengarutnya.

Jika dia masih berdegil dan terus memujuk rayu dengan pelbagai helah untuk melakukan ‘ringan-ringan’ terlampaunya, adik tidak perlu teragak-agak untuk memutuskan hubungan. Ingat, daripada ‘ringan-ringan’ lah yang akhirnya membawa kepada zina.

Katakan kepada teman lelaki, adik terpaksa memutuskan hubungan bukan kerana tidak cintakannya, tetapi disebabkan saudari lebih cintakan Allah.

Jika dia mahu memutuskan hubungan kerana kemahuannya tidak dituruti, sah yang dia sebenarnya tidak cintakan adik, tetapi hanya mahukan tubuh adik.

0 comments

Makanan Yang Aku Tak Ingin Lihat Di Pasar Ramadhan

Aku tak tahulah kamu semua rasa macam mana, tapi aku sedih lihat Pasar Ramadhan sekarang. Semuanya penuh dengan orang yang inginkan duit senang. Macam dah bertemplate. Semua makanan tak seberapa yang kita semua terbeli sebab terpedaya dengan taktik marketing dan perut kita yang dah lapar. Masuk bulan puasa aje, tiba-tiba makanan yang ala kadar tak berapa sedap banyak muncul. Di sini saya paparkan jenis makanan yang memang sebenarnya aku tak ingin lihat di Pasar Ramadhan. Tapi MESTI ada di setiap Pasar Ramadhan.

1. Murtabak
Selain dari Murtabak Johor (atau Singapura. Dah berabad-abad orang Johor dan Singapura bergaduh pasal harta intelek Murtabak istimewa ini) yang memang sedap, tiap-tiap Pasar Ramadhan mesti ada sekurang-kurang 5 gerai yang menjual Murtabak yang paling tak sedap ini. Saiznya berukuran lebihkurang 5sm x 5sm, memang kecil, selalunya berharga antara RM2-3. Aku tak tahu kenapa, tetapi selalunya berwarna kuning dan berminyak gila. Mesti sebab dapur kotor dan minyak tak ditukar. Inti tak penuh, kulit sahaja yang tebal. Mesti dah berlonggok kat atas dapur, dah berjam-jam disediakan, yang kita dapat hanya yang sudah sejuk. Tiap-tiap kali beli mesti rasa tertipu tapi mesti beli juga.

2. Popia
Tak kisahlah sama ada digoreng atau tidak, bila tiba buka puasa sahaja mesti sudah tak sedap. Popia lah paling rasa tertipu sekali. Semuanya gara-gara presentation yang agak menarik. Macam sedap, tapi mesti tak sedap.

3. Roti John
Menu paling mudah untuk disediakan oleh Mat Rempit yang inginkan wang mudah. Memang boleh jadi skim cepat kaya. Roti John yang sedap memang banyak daging Burger Ramly yang dicincang bersama kari, tapi yang dijumpa di Pasar Ramadhan lebih banyak telur dari daging. Baik beli roti telur. Mesti tawar.

4. Kebab
Dahulunya makanan yang agak eksotik, tapi sekarang di mana-mana Pasar Ramadhan mesti ada. Presentation dia memang agak menarik, dengan daging yang didirikan menegak dalam pemanggang khas. Memang mudah tertipu. Bila makan sahaja mesti daging liat dan tawar. Roti pitanya pun keras. Orang Arab yang datang Pasar Ramadhan mesti tak beli punya.

5. Satay
Ataupun satay mini. Mesti komposisi lidi lebih tinggi dari daging. Masa berbuka pasti kecewa sebab sudah sejuk, dan tak cukup rempah. Pasal kuah kacang dia memang jangan cerita lah. Pasti semua pernah menjadi mangsa.

6. Kuih Tepung Pelita
Yang di Pasar Ramadhan mesti cair gila, dengan ketulan gula yang kasar. Memang mudah tertipu dengan presentation yang gempak. Nampak pengkukus kayu yang ditimbun tinggi-tinggi sahaja kita sudah mudah tertipu. Lepas itu masa makan mesti daun yang distaple itu terbuka, habis baju kena inti kuih.

7. Rojak/Pasembur
Biasanya mamak-mamak yang beroperasi dari van putih akan mengambil peluang berniaga di Pasar Ramadhan. Mudah sahaja, bawa van, parking tepi, terus jual. Memang tak istimewa pun tapi perut yang lapar membuatkan semuanya jadi istimewa. Rojak Singapura sahaja yang sedap, sebab banyak ramuan...

8. Mi/Soto Ayam
Orang berpuasa memang tak boleh buat sup. Mesti tawar. Kalau takpun manis, atau masam, atau memang rasa-rasa yang tiada dalam sup biasa. Lupakan saja lah. Tak kisahlah kamu letak mi ke, bihun ke, nasi himpit ke, semuanya sama. Mesti banyak bawang goreng sahaja.

9. Otak-otak
Paling senang nak dijual. Supplier yang menyediakan otak-otak dalam jumlah yang besar sudah bersepah. Buat panggilan telefon, beli dapur pembakar, semuanya sudah tersedia. Yang gunakan lidi masih boleh diterima. Yang pakai stapler tu yang tak boleh tahan. Walaupun murah tapi kandungan otak-otak secubit sahaja. Kita beli, lepas tu kita rasa bodoh sebab tertipu. Mudah sahaja nak buat duit di Pasar Ramadhan sebenarnya.

10. Nasi Beriyani Johor
Mesti diletakkan dalam periuk besi aluminium yang besar-besar. Lepas itu tambahlah nama 'Mak Minah' atau 'Mak Limah', lepas tu letakkan nama tempat yang bukan tempat Pasar Ramadhan tersebut. Misalnya kalau buka gerai di Pasar Ramadhan Subang, boleh letak 'Nasi Beriyani Mak Minah Keramat'. Nak lagi kick tambah perkataan 'gam'. Mesti laku punya, walhal tiada beza apa-apa pun. Mesti kecewa sebab masa kita beli pun dah sejuk. Tak akan ada nasi beriyani yang panas di Pasar Ramadhan.

Walaupun begitu, ada Pasar Ramadhan yang mempunyai jenis makanan yang unik, dan peniaga yang benar-benar ikhlas dah tak lokek dengan ramuan. Ada, tapi malangnya tak ramai. Jangan tertipu dengan barisan yang panjang, itu semua taktik marketing.

Kita cuma rajin menilai, dan pandai membeli. Orang berniaga di pasar malam ini memang pandai, sebab dia tahu kita tak boleh test makanan dia di gerai, sebab kita berpuasa. Lain kali mudah sahaja, bawa sahaja rakan kamu yang bukan Islam, suruh dia cuba try test tengok.

0 comments